Followers

Sunday, July 3, 2011

Day 53 : Pantun Pengalaman Latihan Industri


tarikh keramat dua puluh dua julai,
pintu Uni luas terbuka,
kebebasan mutlak hancur berkecai,
mulakan hari dengan berduka.

indah permai aman dan damai,
orang awam hidup bahagia,
balik ke tentera janganlah santai,
hukuman mendatang sepahit peria.

jurang besar awam dan tentera,
masing-masing ada golaknya,
bukan semua seindah bahtera,
tiap satu ada peritnya.

8 tahun dalam tempurung,
2 bulan melihat dunia,
lepas ni balik terkurung,
entah bila hidup bahagia.

maki hamun alah bisa,
caci maki tegal biasa,
ayat tentera amat berbisa,
orang awam berbudi bahasa.

baris pagi senang diri,
tertanya pulak mengapa dimaki,
sudah mampu berfikir sendiri,
genap 2 bulan tidak dimaki.

sekian lama dalam latihan,
8 tahun terlalu panjang,
adakah perlu herdik cacian,
apatah lagi sepak terajang.

hidup di Penang manis dan pahit,
kekal abadi dalam fikiran,
mampukah aku menahan sakit,
apabila semua tinggal ingatan.

namaku Jun Shen dalam maknanya,
memang takdir menjadi askar,
dalam latihan ada hikmahnya,
dengar khabar makin mencabar.

awal pagi air pun pasang,
belangkas bertindih sukar dipisah,
kerap tertanya berfikir panjang,
mengapa selalu perlu dipisah.

lepasan tahun tak kenal penat,
usaha keras adalah harus,
sudah penat hilangnya kudrat,
hanya mampu melayan arus.

KL ke Penang jauh berjalan,
ada tujuan sasaran pasti,
sedkit masa saya harapkan,
tidak mengapa kalau tak sudi.

siap kerja bolehlah dismiss,
arahan datang katalah "Yes Sir",
jumpa awek katakan "Hey Miss"
dapat message kenalah answer.

sunyi sepi di malam hari,
gelap gelita gundah gelana,
bilalah kita berjumpa lagi,
hidup single memanglah lara.

petang tadi puas mencarut,
tragedi Friendster diganti avatar,
sudah cukup aku mengarut,
badan penat pulang ke kamar.

20 more days left in Penang.

6 comments:

ainoulhuda said...

cool !! . i really want to go to UPNM . but i cant get in because im short . =D . do you think i can enter UPNM ?

Chan Jun Shen said...

ainoulhuda, I'm not tall too =p what's your height by the way? u wanna join as Palapes or Cadets?

ainoulhuda said...

my height is 144cm . hehheh . i wanna to be a cadet . so what u think ?

Chan Jun Shen said...

shouldn't be a problem. give it a try, u might pass. =) by the way, how u found my blog?

ainoulhuda said...

thanks =D .i'm actually looking for UPNM students blog... i wanted to ask them more bout it...heheh...

ainoulhuda said...

That's when i found ur blog...