Followers

Monday, January 24, 2011

suara hati seorang atlit

tiap2 baris sukan, sebagai seorang atlit adalah membazir masa untuk berbaris sukan. tujuan utama berbaris sukan adalah untuk memastikan semua pegawai kadet bersukan di waktu petang. tapi kami kelab sukan lasak UPNM, memang terkenal dengan stamina yang luar biasa, hari Ahad masa orang outing, kami berkayuh, berenang ataupun berlari, kadang2 ketiga2 kami sebat.

incident petang tadi...
baris selama satu jam semata-mata utk check strength. bukan salah jurulatih, tapi salah syaitan2 yg tak turun baris. rancangan awal nak kayuh 40km bersama kuda2 kuat. namun rancangan hancur lebur apabila jurulatih naik angin. kali ni bukan tayar basikal aku yg bergolek, aku pulak yg digolekkan di atas padang! baru aku paham perasaan sebuah tayar basikal yg hari2 bergolek=p bila kena golek, barulah tau yg padang UPNM ni macam tiada penghujung. tapi, aku dah golek kat padang ni sejak aku baru baligh sampai la ke hari ini, dah biasa memerah keringat di padang yg penuh nostalgia...

perasaan geramji mula la timbul, dalam hati memang maki hamun semua org yg terlibat dalam mengakibatkan kami terguling-guling macam tenggiling. sebab, aku rasa aku tak berdosa. tapi dlm askar ni, KERJASAMA amat penting. one for all, all for one.
TAPI, aku berpendapat yg collective punishment ni amat demoralize kepada kadet2 yg berkelakuan baik. diam dalam hatiku yg kerdil ni, aku mengharapkan perubahan dalam tatacara menghukum kadet yang lambat.

ada satu ayat yg tak boleh tahan...
XX : "Kadet! aku pukul 4.45pm dah tunggu korang!"
maka ada la suara2 dikalangan kadet2 yg sedang berguling ... "asar masuk waktu pukul 4.50pm"
aku amat respect kawan2 Islam aku yg ramai tanpa gagal sembahyang 5 kali sehari, even waktu malam mereka baca doa masa sendiri. hakikatnya, majoriti ahli Kelab Sukan Lasak UPNM yang sembahyang di stesen Petrol semasa Ironman dan Marathon! guys, u really gained my respect! salute!

aku asyik jeling Team bola sepak UPNM yg dikecualikan baris sukan. Piala Suzuki dah lepas, sekarang ni musim Le Tour de Langkawi, kenapa kami tak dapat excuse?? i'm jealous...
andai kata nak dibandingkan dengan Kelab2 lain, Kelab Sukan Lasak UPNM sudah berkali2 bertanding di peringkat antarabangsa dan mengharumkan nama UPNM.
UPNM Lahirkan IRONMAN sejak tahun 2004 sehingga hari ni, setiap tahun penyertaan bertambah dan rekod demi rekod dipecahkan. UPNM merupakan Johan Universiti dalam Malakoff Universiti Duathlon Series, dan Duathlete of the Year juga milik UPNM.

mana lagi datangnya atlit2 yg berusaha gigih menaikkan nama UPNM kalau bukan dari KELAB SUKAN LASAK UPNM? saya cuma mengharapkan sedikit sokongan daripada pihak atasan untuk kami dikecualikan baris sukan, dan tajaan kewangan untuk acara2 yg mendatang.
kami tak pernah pulang dengan tangan kosong. TAK PERNAH!

sebagai seorang senior dalam Kelab, rasa marah dan geram takkan menyelesaikan masalah.
MAKA, malam ni 2 orang junior akan melapor pada saya untuk membuat kertas kerja bagi memperoleh masa latihan yg lebih untuk setiap petang. tangani masalah dengan cara yg matang dan professional.

mari semua Ahli Kelab Sukan Lasak menadah tangan dan berdoa agar permohonan kita akan diluluskan oleh pihak atasan supaya kita akan terus cemerlang dalam sukan lasak dan secara tidak langsung menaikkan nama Universiti Pertahanan di persada sukan.

DUTY HONOUR INTEGRITY

6 comments:

rmzr said...

Chan...op chan formally! i m so damn proud of u...kimak..aku tktahu kenapa...tapi aku suke bile Cine menulis melayu..no offend...hahah..style chan!!!
- satu je aku nak tegur apsal nak komen kat post kau mcm nak kena daftar masuk kem askar?? demm

OP Chan Jun Shen said...

komen kat post ni macam masuk kem askar? hahaha susah sgt ke? takkan la 4 tahun dok dlm kem pun tak biasa=p
Tubby, aku Johan sajak IPTA la...=p

rmzr said...

hahah...bagus2...mane tak cair wanita2 di luar sana ....bagus!
tak biasa sangat compare dengan kau yang dari awal akil baligh...demmm...hahaah....
*akil baligh...hahaha...kau style!

x3,dayana said...
This comment has been removed by the author.
OP Chan Jun Shen said...

Dayana,

for yr info, they're cadets who wear specs in UPNM but with allowable limit. however, as the application for cadets is becoming more competitive than the previous year, i think they've just increased the standard. u might want to do Lasik as many of my friends actually did that before joining UPNM.
anyhow, i still believe that u should take the chance to go for the interview. possibility for ladies to get a place in UPNM is definitely higher than guys=)

x3,dayana said...

thanks a lot for your info there :)