Followers

Sunday, December 26, 2010

Registeration Day of Universiti Pertahanan Nasional Malaysia

photo courtesy Akram Hebat
hati kecut muka berkerut,
hari pertama takkan dilupa,
masuk tentera badan berparut,
dalam latihan janganlah alpa.

setelah taklimat anak diserah,
Universiti Pertahanan tempat selamat,
cabaran menduga hatiku pasrah,
menjadi askar keputusan muktamad.
Senior menyambut kami yang mentah,
ada yang senyum ada yang bengis,
minggu pertama sudah pun muntah,
hati terguris mula menangis
Dato' Amir Brigadier General,
jawatan Komandan dalam organization,
impian tinggi menjadi General,
dalam askar mesti ada cooperation.

Tentera segak berbadan tegap,
urat dawai bertulang besi,
Kadet dilatih menjadi mantap,
Maka lahirlah orang-orang besi.
anak diserah penuh amanah,
berjabat tangan tanda percaya,
yang lemah dimakan tanah,
yang gagah ditauliah nescaya.
ibu risau ayah pun bimbang,
anak bakal menjadi askar,
dalam latihan ramai kecundang,
maklumlah ia amat mencabar


saya terserempak pelajar maktab,
bertali leher Maktab Tentera,
terkenang zaman tangan disentap,
apabila lari macam kura-kura.
Jelingan tajam tandanya geram,
awas anda tersilap orang,
berbaju biru bermuka muram
senior ini amatlah garang
bergerak pantas ikut arahan,
kitbag dipikul jungle hat dipakai,
masuk askar bukan kerahan,
sendiri rela jangan dipertikai

anda bekas Maktab Tentera,
jumpa senior buat tak apa,
muka angkuh jelas tertera,
belum kenal saya siapa
terhegeh-hegeh barang dikemas,
senior sudah mula menjerit,
sini bukan Tadika Kemas,
latihan menjadi pengalaman perit.
masuk hutan bersama parang,
serangan musuh janganlah leka,
Berbaris sekali bersama barang,
baju diberi percuma belaka.
anak dara berbaju kurung,
hati cekal semangat kental,
srikandi semua janganlah murung,
abang askar takkan menggatal.
Tuan2 janganlah marah saya,
saya budak baru belajar,
Gutters elok disimpan saya,
untuk elak senior mungkar.

Teriak dan pekik mula bergema,
Kira masa kiri dan kanan,
Pelajaran kawad kali pertama,
asyik-asyik kekanan lurus.

senior ladies macam pari-pari,
baju loreng diberi saiz large,
kulit putih licin berseri,
bakal berconteng krim camouflage.
sudu dan garfu digenggam sama,
duduk tegak sedia melapor ,
tidak dilupa membaca doa
dapat makan saya bersyukur.

kasut kulit hitam berdebu,
malam tidur sukar nak lelap,
sebelum senior mula menyerbu,
lebih baik kasut digilap.
hukuman mendatang macam angin monsun,
ini keadaan cadet stand by bed,
cadar tegang kasut tersusun,
2359H waktu kami on bed.
Mula melapor pada tuan ajutan,
diam membisu muka dia tenang,
senang diri tandanya aman,
belum sedar hukuman mendatang
inilah kisah masuk tentera,
ikrar kesyatria sentiasa dipegang,
angkat sumpah menjadi tentera
sedia membunuh musuh yang datang

1 comment:

ontahpapo said...

thanks!!! i really enjoyed myself reading your blog...now i understand how hard it was to be in UPNM (i have a number of students studying in UPNM)...but at the same time you learn to b the real man out there...keep up the good work OP Chan Jun Sen..i really wish you the best...in everything you do..keep on writing..=D