Followers

Saturday, April 16, 2011

Pantun Perpisahan Dato' Amir

"Cadets should be jack of all trade, master of ALL; and not master of none!"
Dato' Amir the Commandant

Salam sejahtera hadirin hadirat,

Saya Chan Battalion Lekir,

Menjual pantun 4 kerat,

Janganlah marah bila disindir.


Sarapan pagi ku makan roti,

Jangan mengharap dapat ketupat,

Hari Isnin kita cross country,

Petang Jumaat nak tido tak dapat.


Dato’ Amir penuh falsafah,

Dapat teguran jangan menyampah,

Kadet hanya menurut perintah,

Bila dihukum mula menyumpah.


Bersama Dato’ kami berjumpa,

Masih ku ingat di padang bola,

Kenangan bermakna buat semua,

Berguling macam sebijik bola.


Hukuman sampai hati pun runsing,

Tak habis-habis ku kena gating,

Guling-guling macam tenggiling,

Kena side roll kepala pun pening.


Pulang ke kampong mula bercuti,

Berangan naik pesawat Sukhoi,

Badan tegap adalah mesti,

BMI lebih, sumbat ke Kongkoi.


Pergi ke QM semua boleh dapat,

Kasut potong drill boot dan spike boot,

Kadet memang suka mengumpat,

Nama Dato’ jangan disebut.


Rempuh halangan kawat berduri,

Bila gembira ku hentak kaki,

Duty Honour dan Integrity,

Kami selalu harapkan cuti.


Air Force berbaju biru cerah,

Mereka sentiasa di angkasa raya,

UPNM makin menyerlah,

Dato’ Amir banyak jasanya.


Dato’ Amir umpama ayah,

Perpisahan Dato’ amat dirasai,

Pantun kami habislah sudah,

Semoga kita berjumpa lagi.


Original Pantun wrote by me spontaneously after reviewing old pictures of Dato' Amir during Eco Challenge.

thanks for the strong support and applause from all my comrades, thousands over people during the ceremony. will be my motivation to keep writing Pantun in the future. the respond from all cadets shows this pantun truly carry sweet memory of the cadets of UPNM and Dato' Amir.

*i tried to keep the language simple so that my message in the pantun can be conveyed more effectively and comfortable for all my listeners. Dato', may u smooth sailing in your military career and we shall never forget all your teachings.

No comments: