Followers

Saturday, May 23, 2009

Biodata Chan Jun Shen



Pegawai Kadet Chan Jun Shen dilahirkan pada 28 Disember 1989 di Alor Setar Kedah.
Beliau memperolehi keputusan 7A dalam peperiksaan UPSR dan seterusnya ditawarkan untuk melanjutkan pelajaran di Maktab Tentera Diraja. Pendedahan kepada aktiviti2 lasak di Maktab Tentera Diraja memupuk minatnya untuk terus memberi cabaran yang lebih tinggi kepada dirinya. Maka pada usia 16 Tahun, beliau telah berjaya menamatkan Olympic Distance Triathlon yang merangkumi renang 1.5km, berbasikal 40km dan larian 10km buat julung kalinya. Beliau turut dianugerahkan "Half Colours" bagi kecemerlangan dalam bidang sukan.



Pencapaian keputusan SPM yang cemerlang membolehkan beliau melanjutkan pengajian di Universiti Pertahanan Nasional Malaysia dalam kursus Ijazah Sarjana Muda Kejuruteraan Mekanikal.

Berbekalkan asas dan pengetahuan dalam sukan Triathlon, Pegawai Kadet Chan berazam untuk menamatkan jarak 3.8km renang, 180km berbasikal, dan 42.2km marathon bagi bergelar IRONMAN.
Pada Tahun 2008 semasa Tahun Asasi di UPNM, beliau berjaya menamatkan jarak IRONMAN dengan catatan masa 13jam 50 minit dan merupakan peserta IRONMAN termuda pada usia 18 Tahun 1 Bulan 26 Hari.



Pencapaian pada Tahun 2008 terus menjadi motivasi kepada beliau untuk terus berusaha gigih agar dapat memperbaiki kelemahan dan memecahkan rekod IRONMAN UPNM yang dipegang oleh Kapten Salman Alias dengan catatan masa 12Jam 9 minit 34 saat.
Dengan nekad dan semangat yang tinggi, akhirnya beliau memecahkan rekod IRONMAN UPNM dengan catatan masa 12 Jam 6 minit 26 saat, sekali lagi pada Tahun 2009 beliau menjadi peserta termuda dalam Langkawi International IRONMAN Triathlon 2009.



Berbasikal 180km di sekitar Pulau Langkawi merupakan cabaran mental dan menguji ketahanan fizikal.



Posisi aerodynamik amat penting bagi meningkatkan prestasi dan kayuhan yang lebih efisyen.



IRONMAN merupakan sukan yang sesuai bagi semua lapisan masyarakat yang dahagakan cabaran. Golongan Kurang Upaya turut berhajat menguji stamina di Langkawi International IRONMAN 2009.



Selepas 3.8km renang, 180km berbasikal... Disiplin terakhir 42.2km marathon merupakan cabaran tertinggi di mana ramai peserta pengsan sebelum melangkah garisan penamat. Sejak Tahun 2005, UPNM mula menghantar Pegawai Kadet untuk menyertai International IRONMAN dan UPNM merupakan IPTA yang melahirkan paling ramai IRONMAN. Sukan lasak ini bersesuaian dengan identiti UPNM yang melahirkan Pegawai dalam Angkatan Tentera Malaysia.



teruskan menapak...


Anak sulung daripada tiga orang adik beradik ini turut aktif dalam pelbagai acara Multisport dan Eco Games. Beliau menjuarai Malakoff Universiti Duathlon Series yang dianjurkan di UPNM dan menduduki Naib Johan di Universiti Malaya dan Universiti Kebangsaan Malaysia.



Pasukan Triathlon UPNM yang digeruni dalam sukan lasak..



Barisan Pegawai Kadet yang memenangi Pedu International Duathlon.



Naib Johan menjadi milik wakil daripada UPNM Pegawai Kadet Chan.



Latihan Ketenteraan yang "high intensity" turut menyumbang dalam kekuatan peserta UPNM dalam sukan IRONMAN.



Selain bersukan, beliau juga minat bersajak. Beliau merupakan Johan Sayembara Deklamasi Puisi Peringkat IPTA pada Tahun 2007.


4 comments:

Sayfull Allah said...

proud of u man. keep it up. let me know i u need any help. haha.

Chan Jun Shen said...

len kali aku race pakai tie OP=p hua3...

Zamil Afiq Zulkifli said...

crite la pulak pasal awek..
hiks..

Chan Jun Shen said...

Zul Afiq..
ko jadi la awek aku.. hahahaha=p